Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah 1430


Assalamualaikum wbt~

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah...

Ya Allah..Ampunkanlah hambaMu yang sangat lemah dan yang menzalimi diri ini sendiri...

Alhamdulillah. Sudah sebulan 4 hari saya pulang ke negara kelahiran saya, Malaysia. Specifically, di Bentong. Semua tahu di mana terletaknya Bentong? Hurmm...ia terletak di negeri kelahiran ayah saya iaitu Pahang Darul Makmur berhampiran dengan Genting Higlands. Inilah kali ke-4 keluarga saya berpindah. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis. IC saya 09 huhu..orang selalu tegur(pelik sangat kot). Sejak kecil, dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Gombak, Selangor (paling lama 10 tahun tu..) ke Kuantan, Pahang dan kini di Bentong, Pahang. Selepas ini? hehe..tunggu la dalam masa 4 tahun lagi. Alhamdulillah, seronok apabila berpeluang tinggal di tempat baru, macam2 belajar especialy the foods and places =D.

Beberapa sahabat saya sudah pulang dan akan pulang ke Auckland, New Zealand. Mereka pulang awal untuk summer school. Saya masih mempunyai masa yang panjang lagi di Malaysia. Yup..rindu Auckland tetapi masih belum kuat untuk pulang ke sana lagi.

Semasa saya membuat keputusan untuk pulang tahun ini, saya lakukannya tidak sepenuh hati. Saya mempunyai pilihan. Parent tak memaksa saya pulang. Lalu, saya list down semua pro n cons kepulangan saya ini, ternyata kemenangan berpihak kepada pro hehe. Salah satu dalam list yang tak berapa panjang tu adalah, saya mahu 'survey' keadaan medan sebenar (seperti yang sering saya dengar) iaitu Malaysia dan sejauhmana kemantapan kesan tarbiyah selama 2 tahun di Auckland. Alhandulillah, sedikit sebanyak tercapai la juga matlamat itu dan juga beberapa matlamat yang lain.

Saya menerima keputusan yang tidak memberangsangkan tetapi saya bersyukur. Begitu juga dengan sahabat2 saya yang lain. Subhnallah..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan sesuai dengan hambaNya. Setiap langkah di dalam rencanaNya. Walaupun pahit tetapi inilah yang terbaik. Saya pasti!

3 hari yang lepas,umat islam telah menyambut tahun hijrah yang baru iaitu 1430 Masihi. Malam ini tirai tahun 2008 akan dilabuhkan dan tahun baru 2009 esok iA akan menjelma. Pada ketika ini, buletin 1.30 di TV3 menyiarkan berita tentang kekejaman rejim zionis ke atas penduduk Gaza. Alasan Israel guna untuk membenarkan kelakuan kejam mereka adalah untuk menghentikan serangan roket oleh pihak Hamas. Serangan yang tak seberapa dan hanya mengenai setakat seorang dua askar mereka dibandingkan dengan serangan mereka ke atas rakyat Palestin iaitu wanita, kanak2, bayi dan orang tua yang lemah sungguh jelas ketidakadilan, kekejaman dan keganasan yang tak henti2. Seluruh dunia, setiap negara antarabangsa mengecam dan membantah tetapi adakah ia terkesan kepada Israel?

Saya tidak tahu apa yang reaksi rakyat Malaysia pada masa yang lepas terhadap isu Palestin ini. Tetapi saya amat menghargai usaha-usaha beberapa pihak di Malaysia yang sedaya upaya ingin meningkatkan kesedaran tentang Palestin. Alhamdulillah, saya nampak kesan usaha-usaha tersebut. Buktinya? Pagi tadi, saya sempat mendengar ikim.fm yang mana isu kemeriahan tahun baru dan kesengsaraan palestin dibuka untu para pendengar berkongsi dan pelbagai respons yang positif diberi oleh setiap pemanggil. Ada yang mengatakan tentang boikot barang2 yang keuntungannya disalurkan kepada pihak israel, lagi sepatutnya peruntukan untuk menyambut tahun baru dibuat sebagai bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dan di lain2 tempat yang menjadi penempatan mereka setelah dihalau oleh pihak israel dan ada lagi yang lain.





Pada ketika ini, kaum wanita,ibu2, nenek2, adik2 perempuan, isteri2 sedang dalam ketakutan dan kesedihan menanti dan melihat seorang demi seorang saudara mereka meninggalkan dunia dalam tangan israel yang kejam. Samada kita sedar atau tidak, mereka juga saudara kita. Palestin itu tanah air kita kerana adanya saudara kita di sana. Selalu kita membicarakan tentang apa tujuan dan erti kita hidup. Pernahkah kita terfikir apa significant kewujudan kita pada ketika ini yang mana saudara seislam kita sedang dibuli dan dibunuh secara kejam tanpa kita melakukan sesuatu even mendoakan perlindungan dan bantuan dari Allah Yang Maha Berkuasa dan Penyayang untuk para mujahid dan rakyat di Palestin?

Astagfirullahalazim...kalaupun kita tidak melihat isu Palestin ini sebagai penghinaan kepada agama mulia Islam, akal dan rasa perikemanusiaan dalam diri sudah cukup dapat membuka mata seorang manusia di atas kekejaman pihak israel membina tembok, memcabut sumber elektrik hingga terpaksa menggunakan lilin, menahan sumber bantuan, dan pelbagai lagi.
Baiklah, saya terpaksa berhenti setakat ini. Kita tak mampu untuk pergi berjuang membantu saudara kita di sana tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah bersihkan diri dari maksiat, perbaiki diri dari segi rohani dengan berhijrah kepada yang lebih baik lillahi ta'ala, yakin akan janji dan kuasa Allah, berdoa dan beramal dengan kefahaman dan keyakinan.
Wassalam.

Tuesday, November 4, 2008

Cinta yang kudambakan


Terkejut.Ya..terkejut. Itu yang mampu aku respon tika menerima cerita yang kurang enak menyinggah ke telinga dan membuat hati resah risau dan yang pasti membuatkan diri ini supaya lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku selepas ini. Tak sangka selama ini diri sudah dirasakan cukup menjaga dari segi pergaulan, pun masih boleh timbul perkara yang tak dingini. Menjadi bualan dan perhatian kaum adam. Menangis sedih mengadu kepada Allah dan memohon agar diberi hidayah dan kekuatan. Ikutkan hati, tidak mahu keluar dari rumah kerana takut bertembung dan tak suka jika hati kembali tak tenang, mencetus rasa benci.
Ya Allah,
Aku tak mahu terjebak lagi
cinta palsu, cinta haram, cinta yang melekakan, lalai dari mengingatiMu Ya Allah,
tak mahu masuk ke perangkap syaitan durjana laknat,
syaitan yang tak putus asa dalam menghanyut anak cucu adam hawa yang sedia lemah,
Ya Allah,
Aku inginkan cintaMu Ya Allah,
cinta yang suci, cinta yang kekal abadi, cinta yang bahgianya hakiki,
Pandanglah aku Ya Allah dengan kasihMu yang kudambakan sebagai hambaMu,
Cukup Ya Allah,
Jangan Kau uji hati dan perasaan ini sehingga Kau ketemukan aku dengan yang halal bagiku
dia yang kau simpan untukku,
Ketemukan aku pada masa aku telah bersedia Ya Allah,
Dan waktunya itu..hanya ada dalam pengetahuanMu Ya Allah,
Aku redha Ya Allah dengan ketentuanMu,
bertemu dengannya bukanlah segala-galanya berbanding bertemu dengaMu di akhirat kelak,
Tika ini dan selama-lamanya, aku mahu berdamping hanya dengan Engkau Ya Allah,
Aku mahu dalam hati ini hanya ada cintaMu, tiada yang lain
Aku baru sahaja merasai kemanisan yang sebenar setelah sekian lama hanyut dengan keseronokan dunia yang fana,
Kekalkanlah rasa ini Ya Allah,
Bantulah aku dalam tsabat dengan rasa kehambaan ini Ya Allah,
Aku hanya inginkan cinta dan redhaMu Ya Rabb,
Ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah,
Hanya kasihMu yang kuinginkan.
Hanya cintaMu yang kudambakan.

Sunday, November 2, 2008

Wahai diri...



Susahnya menjaga hati
Susahnya nak dapatkan hati yang sentiasa bersih
Susahnya nak capai hati yang tenang selalu

Kenapa jadi begitu?

Masakan boleh hati tak kotor dan tercalar selagi berjumpa dengan manusia?

geram dan sedih sangat..

Ibadat tak sempurna tika hati runsing dan gundah gulana
Hanya fizikal bergerak mengikut tertib rukun solat
tetapi,
Hati langsung tak ikhlas bertemu Allah
Fikiran tak henti fikir tentang hal dunia yang tidak pernah berhenti mengejar
Sedar tak sedar sudah sampai ke tahyat akhir dan memberi salam
Ibadat hanya sebagai ritual

Aduh, dosa bertambah lagi

riak, dengki, cemburu, benci, marah, bongkak, ego, bersarang di hati

akhirat kelak,
malu untuk mempersembahkan hati kepada Allah,
buruk benar rupanya,
hitam, kotor,busuk
agaknya memang takkan dipandang oleh Allah
na'uzubillah

selagi nyawa masih ada
selagi hela nafas tidak berhenti
selagi jantung berdegup
selagi maut tidak tiba
pintu taubat sentiasa terbuka
memanggil insan yang berdosa untuk bertaubat
Allah Maha Pengampun dan Penyayang

Janganlah jadi hambaNya yang sombong
Biar malu untuk bertaubat beberapa kali sekalipun
Tapi jangan sesekali putus asa dengan rahmatNya

Hidupkanlah hati dengan zikrullah
Sentiasa lah bibir membesarkan Allah
Sentiasa lah bibir mengucapkan selawat ke atas Muhammad
Sentiasa lah ingat MATI
kerna MATI adalah tazkirah terbaik untuk manusia
supaya sentiasa berhati-hati dan berusaha dalam setiap langkah
demi mendapatkan husnul-khotimah
Lihatlah alam semula jadi di sekeliling yang turut bertasbih kepadaNya
Bacalah Al Quran serta maksudnya di setiap ruang masa yang ada
Jagalah hubungan sesama manusia

Kita hidup di dunia ini dengan satu tujuan
Sebagai khalifah dan hambaNya
semata
tiada yang lain
Satu hari yang telah ditetapkan
kita akan pulang ke negeri yang kekal
Yang akan menemani kita adalah amal kita
Yang menentukan syurga atau neraka

Sedarlah dengan akal yang dikurniakan
Bersihkanlah hati yang mudah dinodai lumpur-lumpur dosa
Kikislah kemewahan dan keseronokan dunia
Tingkatkanlah amal kerna Allah
Berdoalah pengakhiran yang baik
Agar tugas kita di dunia menjadikan kita sebagai hambaNya yang diredhai...

Thursday, October 23, 2008

kita,aku,ewa..SAYA.err.ana?

Apa kata ganti nama diri awak semua apabila bercakap dengan kawan?

kite?aku?nama manja spt ewa?saya? atau..ana?

Dulu mase kecik-kecik dulu, ala masa tadika ke sekolah rendah ke, saya menggunakan 'kite awak'. Sampai la darjah 5 ke 6, baru perasan yang penggunaan kata ganti nama 'kite' untuk diri sendiri tu silap. ish3x..

Pastu, melangkah ke sekolah menengah yang penuh cabaran. Form 1 to 3, saya bersekolah di Sek Men Seri Gombak, Gombak,Selangor. Fuh, mencabar betul sekolah tu. Banyak liku dan simpang yang saya faced ketika itu. Maklumlah, darah muda remaja. Masa tu, saya dah berjinak-jinak menggunakan 'aku kau/engkau'. Mase first itme gune 'aku' tu, rase pelik sebab tak biasa. Kalau gune 'aku', dia cam..ganas dan samseng sikit.hehe..minta maaf.Ini pandangan saya. Saya menggunakan 'aku' apabila bercakap dengan kawan yang betol2 ngam atau member kamceng.

Kemudian, alhamdulillah, berkat usaha dan doa, dengan keputusan PMR yang baik, saya ke MRSM Mersing pule. Saya meninggalkan segala-galanya di belakang. Tiada kawan dari sekolah sebelum itu. Di mrsm, saya menggelarkan diri saya 'ewa'. Tiada lagi 'aku engkau'.

Ia berlanjutan hingga saya menjejakkan kaki ke uni di Auckland, NZ. Di sini, saya masih mengekalkan 'ewa' sebagai kata ganti nama diri saya. Tetapi, sejak 2/3 bulan yang lepas, saya cuba membiasakan mulut saya menggunkana kata ganti nama diri yang begitu asing untuk dipraktikkan dalam harian saya iaitu SAYA. Ya, ianya asing bagi diri saya dan kawan-kawan sekeliling saya. 'Saya' hanya digunakan di kawasan awam (di pejabat pos, parking, kedai makan dsb), apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua (mak/pakcik, kakak senior) dan lelaki yang tak dikenali(apakah?).

Ada beberapa sebab saya berusaha untuk istiqamah menggunakan 'saya'.

Apabila saya memikirkan masa depan, saya dan rakan-rakan akan menjadi pendidik satu hari nanti. Mendidik anak bangsa harapan negara yang bakal mewarisi dan menerajui negara. Jadinya, seorang pendidik mempunyai kesan yang sangat besar kepada anak muridnya. Anda setuju tak? Hingga sekarang, pasti ada at least seorang guru yang awak puja dan ingat bukan? Selain daripada ilmu yang diajar di dalam kelas, seorang pendidik boleh menjadi qudwah (teladan/contoh) kepada anak muridnya. Salah satunya dari segi pergaulan sesama saya dan rakan-rakan. Saya tak kata penggunaan 'aku engkau' itu tak bagus tapi PADA PENDAPAT SAYA, saya kurang gemar jika saya sebagai pendidik menggunakan 'aku engkau' apabila bercakap dengan rakan guru yang lain. Penggunaan 'saya' itu menampakkan lebih sopan dan baik di hadapan anak murid.

Begitu juga lah halnya apabila di hadapan mad'u, adik beradik yang lebih muda ataupun bakal anak sendiri (uih..jauhnye fikir!). Kekadang, kita tak sedar yang kita menjadi qudwah kepada orang sekeliling. Mereka yang masih kecil akan mengikut almost all of our behaviour including the way we talk. Baik yang kita tunjukkan, baiklah yang mengikut.Buruk yang kita tunjukkan, buruklah yang mengikut. Apabila yang buruk itu sudah sebati dan sukar dikikis, mahu salahkan siapa jika yang buruk itu diperoleh daripada qudwah buruk yang kita tunjuk?

Satu lagi sebab yang mana ia lah sebab utama saya tekad menggunakan 'saya' iaitu demi kerja dakwah di sini. Saya perempuan (of course, so?) begitu juga rakan seperjuangan. Yang sedia maklum, perempuan ini mudah dipengaruhi dengan emosi. Marahnye, merajuknye, manjanye dsbnya. Dinamik. Terutama apabila sibuk mengendali tugas masing-masing, jika tiada persefahaman dan tolak ansur, kata-kata manis pun didengar sebagai sindiran. Tak faham?mm..perempuan je faham. Sensitive wanita sangat tinggi.

Haih..saya tak kata saya terkecuali malah saya mengaku kadang-kadang saya tak dapat mengawal emosi dan amarah, kalau tak dikawal boleh terpancar di wajah lalu merosakkan keadaan. Adik-adik pun boleh perasan. Apabila berhadapan dgn situasi tersebut, saya akan lebih senyap. Sebab itulah salah satu solusi untuk diri saya (khususnya), saya mulakan dengan diri saya iaitu saya menggunakan kata ganti nama diri 'saya'.

Memang agak kekok pada awalnya, malah diketawakan oleh rakan seperjuangan tetapi ini demi kebaikan silaturrahim dan tarbiyah diri saya juga. Biaq p orang kata yang pasti saya beriman dengan firman Allah yang selalu kita dengar :


"...Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...

[Ar Ra'ad 13:11]

Ya, segala-galanya perlukan kekuatan dan sumber kekuatan itu hanya dari Allah. Kuat penggantungan kita kepada Allah, mengenepikan tanggapan manusia (sekiranya ia bertentangan dengan kebenaran), insyaAllah, ya dengan izin Allah kita dapat berubah kepada yang kita inginkan. Mengubah 'aku' kepada 'saya'. Kadang-kala, terlepas juga mulut ini menyebut 'aku' especially semasa bergurau atau emosi tak betul. Sedang berusaha dan mujahadah mengelak menyebutnya. Doakan saya istiqamah ok.

Kata ganti nama diri yang saya rasa..saya tak pernah guna selama ini iaitu ANA. 'Saya' dalam bahasa arab, bahasa Al Quran. Ini sangat janggal kalau saya praktikkan buat masa ini. oh. sebelum itu, perubahan juga perlu dilakukan secara beransur-ansur tapi menampakkan kesan. Ya, bahasa arab juga adalah bahasa syurga. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin dalam penulisan atau chatting di ym sekali-sekala. insyaAllah.

Akhir sekali, berdoalah agar

Hari ini menjadi lebih baik dari semalam

Esok menjadi lebih baik dari hari ini.

kerana berpandukan pada hadis Rasulullah s.a.w:

Seseorang yang hari ini Lebih Baik dari hari semalam, ia orang BERJAYA;

Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;

Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA

As a conclusion, sentiasa lah berusaha memperbaiki diri dan hati untuk menjadi lebih baik sebagai hambaNya di muka bumi yang fana dan sekejap ini.

Sekian, wassalam.


Wednesday, October 22, 2008

Bismillah...Dengan Nama Allah

Assalamualaikum wbt~

Baik, ini kali ke berapa entah saya mencuba lagi untuk menulis. Diri ini sebolehnya mahu menulis sesuatu yang bermanfaat atau lebih baik lagi ingin menulis sesuatu yang boleh menambahkan keimanan para pembaca. Tapi dek kekurangan bakat, ilham dan keyakinan untuk menulis, selalu menjadi alasan untuk tidak meneruskan penulisan. Tetapi saya tetap ingin terus mencuba dan berusaha sebab..

"...Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...[Ar Ra'ad 13:11]

Nah!Kalam Allah telah menyatakan dengan jelas jika ingin berubah, orang itu hendaklah berusaha dan ia bermula dari dalam diri sendiri. Selebihnya bertawakal kepada Allah. Doakan saya agar istiqamah ok.

Tujuan saya mencipta blog ini adalah untuk meluahkan apa yang ada di minda dan hati berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan harian yang saya lalui. Sebolehnya sebelum saya menulis di sini, saya akan merenung dan berfikir berlandaskan kaca mata akhirat kerana setiap langkah di dunia ini adalah dalam rencanaNya, tidak ada yang terkecuali. Lagi, saya harap blog ini ibarat diari saya dan juga sebagai tempat saya membuat revision berkaitan dengan ilmu-ilmu agama yang baru saya perolehi.

Insya Allah sebolehnya saya akan menyelitkan ayat-ayat dari kitab mulia, Al Quran dan hadis-hadis kerana saya mahu anda semua tahu bahawa kita semua ini adalah manusia akhir zaman. Maksudnya, tidak akan ada lagi nabi yang diutuskan untuk membimbing kita. Nabi yang kita cintai telah meninggalkan kita 2 sumber yang kalau kita berpegang kepadanya, kita takkan sesat di duna ini yakni Al Quran dan Sunnah. Sebagaimana yang diucapkan oleh Rasulullah dalam khutbah terakhir baginda ketika haji wada':

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku. "

Saya perkenalkan diri dahulu ok. Nama diberi Helwa Fathi Hadzri, dilahirkan di Kangar, Perlis. Tahun 2008 ini, saya berusia 22 tahun. Sedang menuntut ilmu di University of Auckland, dalam bidang sains specifically chemistry. Apalagi ya, mmm..keluarga di Bentong, Pahang dan anak ke-2 dari 3 adik beradik. Saya tulis direct dari hati insyaAllah, kalau mahu tahu karakter saya lihatlah pada gaya penulisan saya. Saya tak pandai nak meyusun kata-kata yang berbunga tapi saya cuba seboleh mungkin agar message yang ingin disampaikan itu sampai kepada para pembaca. Tujuan hidup saya di dunia adalah berusaha mendapatkan redha Allah dunia dan akhirat dengan berilmu dan beramal.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
[Adz Dzaariyaat 51:56].

Motto saya adalah:
Allahu ghayatuna [tujuan]
Ar Rasul qudwatuna [teladan]
Al Quran dusturuna [pedoman]
Al jihadu sabiliruna [jalan juang]
Al Mautu fisabilillah
asma amaanina [mati di jalan Allah,cita-cita tertinggi]

Akhir sekali, saya meminta daripada para pembaca agar tegurlah saya sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan yang bakal saya lakukan. Saya amat suka kerana ia membantu saya memperbaiki dan meningkatkan usaha saya untuk menjadikan medan menulis ini lebih baik dan dalam usaha menjadikan menulis ini sebagai salah satu jalan jihad saya demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Wallahu'alam. Jazakallah. Sekian.