kite?aku?nama manja spt ewa?saya? atau..ana?
Dulu mase kecik-kecik dulu, ala masa tadika ke sekolah rendah ke, saya menggunakan 'kite awak'. Sampai la darjah 5 ke 6, baru perasan yang penggunaan kata ganti nama 'kite' untuk diri sendiri tu silap. ish3x..
Pastu, melangkah ke sekolah menengah yang penuh cabaran. Form 1 to 3, saya bersekolah di Sek Men Seri Gombak, Gombak,Selangor. Fuh, mencabar betul sekolah tu. Banyak liku dan simpang yang saya faced ketika itu. Maklumlah, darah muda remaja. Masa tu, saya dah berjinak-jinak menggunakan 'aku kau/engkau'. Mase first itme gune 'aku' tu, rase pelik sebab tak biasa. Kalau gune 'aku', dia cam..ganas dan samseng sikit.hehe..minta maaf.Ini pandangan saya. Saya menggunakan 'aku' apabila bercakap dengan kawan yang betol2 ngam atau member kamceng.
Kemudian, alhamdulillah, berkat usaha dan doa, dengan keputusan PMR yang baik, saya ke MRSM Mersing pule. Saya meninggalkan segala-galanya di belakang. Tiada kawan dari sekolah sebelum itu. Di mrsm, saya menggelarkan diri saya 'ewa'. Tiada lagi 'aku engkau'.
Ia berlanjutan hingga saya menjejakkan kaki ke uni di Auckland, NZ. Di sini, saya masih mengekalkan 'ewa' sebagai kata ganti nama diri saya. Tetapi, sejak 2/3 bulan yang lepas, saya cuba membiasakan mulut saya menggunkana kata ganti nama diri yang begitu asing untuk dipraktikkan dalam harian saya iaitu SAYA. Ya, ianya asing bagi diri saya dan kawan-kawan sekeliling saya. 'Saya' hanya digunakan di kawasan awam (di pejabat pos, parking, kedai makan dsb), apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua (mak/pakcik, kakak senior) dan lelaki yang tak dikenali(apakah?).
Ada beberapa sebab saya berusaha untuk istiqamah menggunakan 'saya'.
Apabila saya memikirkan masa depan, saya dan rakan-rakan akan menjadi pendidik satu hari nanti. Mendidik anak bangsa harapan negara yang bakal mewarisi dan menerajui negara. Jadinya, seorang pendidik mempunyai kesan yang sangat besar kepada anak muridnya. Anda setuju tak? Hingga sekarang, pasti ada at least seorang guru yang awak puja dan ingat bukan? Selain daripada ilmu yang diajar di dalam kelas, seorang pendidik boleh menjadi qudwah (teladan/contoh) kepada anak muridnya. Salah satunya dari segi pergaulan sesama saya dan rakan-rakan. Saya tak kata penggunaan 'aku engkau' itu tak bagus tapi PADA PENDAPAT SAYA, saya kurang gemar jika saya sebagai pendidik menggunakan 'aku engkau' apabila bercakap dengan rakan guru yang lain. Penggunaan 'saya' itu menampakkan lebih sopan dan baik di hadapan anak murid.
Begitu juga lah halnya apabila di hadapan mad'u, adik beradik yang lebih muda ataupun bakal anak sendiri (uih..jauhnye fikir!). Kekadang, kita tak sedar yang kita menjadi qudwah kepada orang sekeliling. Mereka yang masih kecil akan mengikut almost all of our behaviour including the way we talk. Baik yang kita tunjukkan, baiklah yang mengikut.Buruk yang kita tunjukkan, buruklah yang mengikut. Apabila yang buruk itu sudah sebati dan sukar dikikis, mahu salahkan siapa jika yang buruk itu diperoleh daripada qudwah buruk yang kita tunjuk?
Satu lagi sebab yang mana ia lah sebab utama saya tekad menggunakan 'saya' iaitu demi kerja dakwah di sini. Saya perempuan (of course, so?) begitu juga rakan seperjuangan. Yang sedia maklum, perempuan ini mudah dipengaruhi dengan emosi. Marahnye, merajuknye, manjanye dsbnya. Dinamik. Terutama apabila sibuk mengendali tugas masing-masing, jika tiada persefahaman dan tolak ansur, kata-kata manis pun didengar sebagai sindiran. Tak faham?mm..perempuan je faham. Sensitive wanita sangat tinggi.
Haih..saya tak kata saya terkecuali malah saya mengaku kadang-kadang saya tak dapat mengawal emosi dan amarah, kalau tak dikawal boleh terpancar di wajah lalu merosakkan keadaan. Adik-adik pun boleh perasan. Apabila berhadapan dgn situasi tersebut, saya akan lebih senyap. Sebab itulah salah satu solusi untuk diri saya (khususnya), saya mulakan dengan diri saya iaitu saya menggunakan kata ganti nama diri 'saya'.
Memang agak kekok pada awalnya, malah diketawakan oleh rakan seperjuangan tetapi ini demi kebaikan silaturrahim dan tarbiyah diri saya juga. Biaq p orang kata yang pasti saya beriman dengan firman Allah yang selalu kita dengar :
"...Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...
[Ar Ra'ad 13:11]
Ya, segala-galanya perlukan kekuatan dan sumber kekuatan itu hanya dari Allah. Kuat penggantungan kita kepada Allah, mengenepikan tanggapan manusia (sekiranya ia bertentangan dengan kebenaran), insyaAllah, ya dengan izin Allah kita dapat berubah kepada yang kita inginkan. Mengubah 'aku' kepada 'saya'. Kadang-kala, terlepas juga mulut ini menyebut 'aku' especially semasa bergurau atau emosi tak betul. Sedang berusaha dan mujahadah mengelak menyebutnya. Doakan saya istiqamah ok.
Kata ganti nama diri yang saya rasa..saya tak pernah guna selama ini iaitu ANA. 'Saya' dalam bahasa arab, bahasa Al Quran. Ini sangat janggal kalau saya praktikkan buat masa ini. oh. sebelum itu, perubahan juga perlu dilakukan secara beransur-ansur tapi menampakkan kesan. Ya, bahasa arab juga adalah bahasa syurga. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin dalam penulisan atau chatting di ym sekali-sekala. insyaAllah.
Akhir sekali, berdoalah agar
Hari ini menjadi lebih baik dari semalam
Esok menjadi lebih baik dari hari ini.
kerana berpandukan pada hadis Rasulullah s.a.w:
Seseorang yang hari ini Lebih Baik dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA
As a conclusion, sentiasa lah berusaha memperbaiki diri dan hati untuk menjadi lebih baik sebagai hambaNya di muka bumi yang fana dan sekejap ini.
Sekian, wassalam.

