Tuesday, November 4, 2008

Cinta yang kudambakan


Terkejut.Ya..terkejut. Itu yang mampu aku respon tika menerima cerita yang kurang enak menyinggah ke telinga dan membuat hati resah risau dan yang pasti membuatkan diri ini supaya lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku selepas ini. Tak sangka selama ini diri sudah dirasakan cukup menjaga dari segi pergaulan, pun masih boleh timbul perkara yang tak dingini. Menjadi bualan dan perhatian kaum adam. Menangis sedih mengadu kepada Allah dan memohon agar diberi hidayah dan kekuatan. Ikutkan hati, tidak mahu keluar dari rumah kerana takut bertembung dan tak suka jika hati kembali tak tenang, mencetus rasa benci.
Ya Allah,
Aku tak mahu terjebak lagi
cinta palsu, cinta haram, cinta yang melekakan, lalai dari mengingatiMu Ya Allah,
tak mahu masuk ke perangkap syaitan durjana laknat,
syaitan yang tak putus asa dalam menghanyut anak cucu adam hawa yang sedia lemah,
Ya Allah,
Aku inginkan cintaMu Ya Allah,
cinta yang suci, cinta yang kekal abadi, cinta yang bahgianya hakiki,
Pandanglah aku Ya Allah dengan kasihMu yang kudambakan sebagai hambaMu,
Cukup Ya Allah,
Jangan Kau uji hati dan perasaan ini sehingga Kau ketemukan aku dengan yang halal bagiku
dia yang kau simpan untukku,
Ketemukan aku pada masa aku telah bersedia Ya Allah,
Dan waktunya itu..hanya ada dalam pengetahuanMu Ya Allah,
Aku redha Ya Allah dengan ketentuanMu,
bertemu dengannya bukanlah segala-galanya berbanding bertemu dengaMu di akhirat kelak,
Tika ini dan selama-lamanya, aku mahu berdamping hanya dengan Engkau Ya Allah,
Aku mahu dalam hati ini hanya ada cintaMu, tiada yang lain
Aku baru sahaja merasai kemanisan yang sebenar setelah sekian lama hanyut dengan keseronokan dunia yang fana,
Kekalkanlah rasa ini Ya Allah,
Bantulah aku dalam tsabat dengan rasa kehambaan ini Ya Allah,
Aku hanya inginkan cinta dan redhaMu Ya Rabb,
Ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah,
Hanya kasihMu yang kuinginkan.
Hanya cintaMu yang kudambakan.

Sunday, November 2, 2008

Wahai diri...



Susahnya menjaga hati
Susahnya nak dapatkan hati yang sentiasa bersih
Susahnya nak capai hati yang tenang selalu

Kenapa jadi begitu?

Masakan boleh hati tak kotor dan tercalar selagi berjumpa dengan manusia?

geram dan sedih sangat..

Ibadat tak sempurna tika hati runsing dan gundah gulana
Hanya fizikal bergerak mengikut tertib rukun solat
tetapi,
Hati langsung tak ikhlas bertemu Allah
Fikiran tak henti fikir tentang hal dunia yang tidak pernah berhenti mengejar
Sedar tak sedar sudah sampai ke tahyat akhir dan memberi salam
Ibadat hanya sebagai ritual

Aduh, dosa bertambah lagi

riak, dengki, cemburu, benci, marah, bongkak, ego, bersarang di hati

akhirat kelak,
malu untuk mempersembahkan hati kepada Allah,
buruk benar rupanya,
hitam, kotor,busuk
agaknya memang takkan dipandang oleh Allah
na'uzubillah

selagi nyawa masih ada
selagi hela nafas tidak berhenti
selagi jantung berdegup
selagi maut tidak tiba
pintu taubat sentiasa terbuka
memanggil insan yang berdosa untuk bertaubat
Allah Maha Pengampun dan Penyayang

Janganlah jadi hambaNya yang sombong
Biar malu untuk bertaubat beberapa kali sekalipun
Tapi jangan sesekali putus asa dengan rahmatNya

Hidupkanlah hati dengan zikrullah
Sentiasa lah bibir membesarkan Allah
Sentiasa lah bibir mengucapkan selawat ke atas Muhammad
Sentiasa lah ingat MATI
kerna MATI adalah tazkirah terbaik untuk manusia
supaya sentiasa berhati-hati dan berusaha dalam setiap langkah
demi mendapatkan husnul-khotimah
Lihatlah alam semula jadi di sekeliling yang turut bertasbih kepadaNya
Bacalah Al Quran serta maksudnya di setiap ruang masa yang ada
Jagalah hubungan sesama manusia

Kita hidup di dunia ini dengan satu tujuan
Sebagai khalifah dan hambaNya
semata
tiada yang lain
Satu hari yang telah ditetapkan
kita akan pulang ke negeri yang kekal
Yang akan menemani kita adalah amal kita
Yang menentukan syurga atau neraka

Sedarlah dengan akal yang dikurniakan
Bersihkanlah hati yang mudah dinodai lumpur-lumpur dosa
Kikislah kemewahan dan keseronokan dunia
Tingkatkanlah amal kerna Allah
Berdoalah pengakhiran yang baik
Agar tugas kita di dunia menjadikan kita sebagai hambaNya yang diredhai...