
Terkejut.Ya..terkejut. Itu yang mampu aku respon tika menerima cerita yang kurang enak menyinggah ke telinga dan membuat hati resah risau dan yang pasti membuatkan diri ini supaya lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku selepas ini. Tak sangka selama ini diri sudah dirasakan cukup menjaga dari segi pergaulan, pun masih boleh timbul perkara yang tak dingini. Menjadi bualan dan perhatian kaum adam. Menangis sedih mengadu kepada Allah dan memohon agar diberi hidayah dan kekuatan. Ikutkan hati, tidak mahu keluar dari rumah kerana takut bertembung dan tak suka jika hati kembali tak tenang, mencetus rasa benci.
Ya Allah,
Aku tak mahu terjebak lagi
cinta palsu, cinta haram, cinta yang melekakan, lalai dari mengingatiMu Ya Allah,
tak mahu masuk ke perangkap syaitan durjana laknat,
syaitan yang tak putus asa dalam menghanyut anak cucu adam hawa yang sedia lemah,
Ya Allah,
Aku inginkan cintaMu Ya Allah,
cinta yang suci, cinta yang kekal abadi, cinta yang bahgianya hakiki,
Pandanglah aku Ya Allah dengan kasihMu yang kudambakan sebagai hambaMu,
Cukup Ya Allah,
Jangan Kau uji hati dan perasaan ini sehingga Kau ketemukan aku dengan yang halal bagiku
dia yang kau simpan untukku,
Ketemukan aku pada masa aku telah bersedia Ya Allah,
Dan waktunya itu..hanya ada dalam pengetahuanMu Ya Allah,
Aku redha Ya Allah dengan ketentuanMu,
bertemu dengannya bukanlah segala-galanya berbanding bertemu dengaMu di akhirat kelak,
Tika ini dan selama-lamanya, aku mahu berdamping hanya dengan Engkau Ya Allah,
Aku mahu dalam hati ini hanya ada cintaMu, tiada yang lain
Aku baru sahaja merasai kemanisan yang sebenar setelah sekian lama hanyut dengan keseronokan dunia yang fana,
Kekalkanlah rasa ini Ya Allah,
Bantulah aku dalam tsabat dengan rasa kehambaan ini Ya Allah,
Aku hanya inginkan cinta dan redhaMu Ya Rabb,
Ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah,
Hanya kasihMu yang kuinginkan.
Hanya cintaMu yang kudambakan.


No comments:
Post a Comment