...awak ade rasa sakit hati dengan saya ke?..
..takde..
ok
tapi hati masih lagi gundah gulana tak sedap..
ade something blocking..
apabila bertemu dengan mad'u terpaksa "berhati-hati"
apabila bertemu dengan Allah...memaksa meminta hati supaya tenang
Supaya dapat berdoa dengan tenang dan mengharapkan doa dimakbulkan dan ibadah diterima tanpa sebarang dosa yang tidak disedari menghalang
isnin berlalu..
selasa berlalu..
rabu..khamis..
akhirnya
jumaat..
Tok tok..(pintu diketuk)
Ewa..sebenarnye..saya memang ade terasa hati ngan awak..
Dengan tenang dan relaks (boleh agak) menerima dengan senyuman
Ya Allah..da lama sangat..lain kali direct je
Sebenarnya..
Apabila ya ukhti, awak buat macam tu yakni memendam
dan kadang-kadang tanpa awak sedar menzahirkannya dengan perlakuan dan kata-kata..
Bukan hati dan perasaan awak sahaja yang terkorban tetapi
saya merasai kedinginan awak tu lagi merasainya..
Bercakap acuh tak acuh..
Bercakap tak memandang mata
Keluar ke rumah untuk beberapa masa
Hantar text tak dibalas walaupun hal penting
Bantuan sangat diperlukan tapi..
Sangat besarkah luka tersebut?..
Adakah worth dipendam untuk hampir seminggu
astaghfirullahalazim
Kita kenal sudah lama..
Sebelum mengenali tarbiyah apatah lagi after hidup membesar dengan tarbiyah dan dakwah
Ukhti..
Tahukah dan sedarkah awak..
sepanjang awak bersikap sebegitu
Ada makhluk Allah lain sedang ketawa besar melihat kita berdua..
Makhluk yang sangat suka apabila permusuhan sedang berlaku
Makhluk jahannam itu malah menyimbah minyak ke atas api prangsangka yang kadang-kadang sukar dikawal..
Atau sudah tertutupkah mata hati apabila nafsu marah menguasai diri dan hati
Ukhti..
Bantulah saya
Menjaga hati yang sangat mudah dinodai bintik-bintik hitam
Bintik-bintik hitam yang datang dari dosa diri sendiri
yang kekadang terlepas pandang
Bantulah saya ukhti..
Saya mahu menjaga hati saya dan hati-hati ornag di sekeliling saya termasuk awak
Supaya kita semua dapat menjalani tugas khalifah lillahi ta'ala
dengan hati yang bersih dan tenang..
HATI YANG HIDUP DAN SUCI
DAPAT MENYENTUH DAN MENGHIDUPKAN HATI MAD'U
insyaAllah
3 kekuatan dakwah itu sendiri..
salah satunya adalah ukhuwwah..
Seorang ukhti adalah cermin kepada saudaranya..
Bagaiman mungkin kita mahu mengadakan hubungan dengan mad'u
sedangkan ukhuwwah sesama kita tak seindah yang dikatakan
Sangat mudah tercalar dan lambat pulihnya mudah juga terbuka semula luka itu..
Ukhti..
kita semua insyaALLAH berpegang kuat yang
MATI boleh berlaku bila-bila masa..mengikut ketetapan Allah
Sekiranya salah seorang dari kita pergi dahulu bersama dengan perselisihan yang tak selesai..
Apakah kita mahu menyelesaikan perselisihan ini di hadapan Rabb yang bila
ketika itu sudah pun ditimbang amalan-amalan yang tak seberapa selama di dunia
Nauzubillah
Saya sudahi dengan lagu from edoustic:
Sedih bila ku ingat pertengkaran itu
Membuat jarak antara kita
Resah tiada menentu
Hilang canda tawamu
Tak ingin aku begini
Tak ingin begini
Sobat, rangkaian masaYg tlah terlewat
Buat batinku menangis
Mungkin karna egoku
Mungkin karna egomu
Maaf aku buat begini
Maaf aku begini
Bila ingat kembali
Janji persahabatan kita
Takkan mahu berpisah
Karena ini...
Pertengkaran kecil kemarin
Cukup jadi lembaran hikmah
karna aku
Ingin tetap sahabatmu....
Wassalam :x
Friday, April 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment